Wednesday, January 20, 2016

MaSiH BeRdaRaH...


Mahukah kamu kembali kepada apa yang telah meninggalkan kamu?




JIKALAU ada perkara yang difikirkan akan terungkit kembali, maka aku tidak akan kembali kepadanya, aku tidak akan menerimanya semula...

KERANA aku pasti, isu itu masih belum selesai... 

DAN selagi hati ini masih belum menerima dengan redhanya perkara itu, selagi itulah masih berdarah luka yang lalu...



May Forgive, but Will Never Forget 

Thursday, January 7, 2016

~SaNG PeNCiNTa ep. II~

Wahhh...bersinar wajah Sang Pencinta. Terpancar seri. Bunga yang hilang dulu kini kembali. Bermula semula episod pertalian dua hati.

Cuma kasihan Sang Pencinta, jika diingat perihal dahulu. Tidak makan berhari-hari, tidur mata tak pejam. Hanya air mata yang asyik berguguran memikirkan Bunga yang pergi entah ke mana. Sang Pencinta terlalu rindu akan Bunga ketika itu. 

Hari demi hari, Sang Pencinta sujud berdoa, dibukakan pintu hati Bunga untuk kembali. Hari demi hari juga, jauh dilubuk hati, Sang Pencinta tetap MENANTI. Masih jelas dalam hati Sang Pencinta, dia mengharapkan keajaiban...


...keajiaban Bunga muncul kembali~


Kini, segala munajat telah terkabul. Malap sinar kian berseri. Silap amarah, diletak ketepi. Masing-masing mula memasang niat memperbetul diri. Sang Pencinta tekad memastikan Bunga sentiasa di sisi. Hmmmmm... persoalannya, Apakah munajat yang diniat, kekal tersemat di hati? 

Ibarat sesi tautan bermula segar, Sang Pencinta turuti apa dimahunya Bunga. Dijaga rapi dikhuatiri Bunga tersentak jiwa. Perkara itulah yang tidak sanggup Sang Pencinta lalui semula. Sang Pencinta hanya mahukan yang TERINDAH. Sang Pencinta mahukan Bunga terasa TERISTIMEWA


Segala cela, ditutup sebelah mata. Tak mahu diingati, tak mahu diluahkan beremosi. Namun, Sang Pencinta hanya manusia biasa. Memiliki naluri dan perasaan tersendiri. Adakala Sang Pencinta tidak tertahan sakitnya, hanya mampu menderai air mata jatuh ke bumi. KESEORANGAN. Biarkan apa terjadi, Sang Pencinta tidak mahu kehilangan Bunga sekali lagi.


Tiba hingga suatu ketika, hubungan yang cuba dipertahan, kian goyah. Ranjau yang ditempuh kian berliku. Kedua-dua hati kembali terguris. Sang Pencinta musykil di mana silapnya. Mengapa dua hati ini masih bercakaran? Tergaru seketika. Apapun, Sang Pencinta akui, kerana KESUMAT, adakalanya Sang Pencinta tersimpang menodai perasaan Bunga. Tidak hanya itu, dek kerana CEMBURU, kelihatan tertewasnya Bunga. Hasutan itu terlalu tipis untuk Bunga melawannya. Sehingga apa sahaja yang dikatakan oleh Sang Pencinta, Bunga sukar mempercayainya.

Akhirnya, Bunga mengajak Sang Pencinta duduk bersefahaman. Cerita bermula perlahan, kian hangat apabila nada seakan tidak terkawal. Sehinggalah Bunga meletakkan suatu SYARAT untuk kekal Sang Pencinta di sisi...
..............Bunga tidak mahu perhubungan seperti yang lalu.

Kaku Sang Pencinta.
Apakah benar yang didengarinya? 
Apakah makna tidak mahu perhubungan lalu?

Sang Pencinta bingung seketika. Terbisik cuba mendengar penjelasan Bunga. Tidak...syarat itu kejam. Segala sayangnya Sang Pencinta diletakkan sekatan. Bagaikan suatu kehidupan yang hilang jiwanya. Adakah Bunga lupa, Sang Pencinta juga manusia? Yang turut mempunyai hati dan perasaan. Bukanlah harta kekayaan yang Sang Pencinta inginkan. Sang Pencinta hanya mahukan perasaaan dicinta dan menyintai, disayang dan menyayangi. SEPENUH HATI. Bukanlah perasaan cinta dengan sekatan atau penafian kebebasan untuk memiliki perasaan sebegitu.

Sekali sekala, tersentak juga fikiran Sang Pencinta. Bunga tegas menyatakan betapa sayangnya kepada Sang Pencinta. Namun jikalau benar itu dinamakan sayang...
  • Sanggupkah Bunga melihat insan yang disayangi itu terseksa menangis hanya kerana dek kemahuan kepuasan hati sendiri? 
  • Mengapa hanya kebahagiaan yang Bunga mahukan dan tidak sanggup mengharungi cabaran bersama? 
  • Adakah kesempurnaan yang Bunga cari? 
  • Itukah erti kesungguhan sayang yang dimaksudkan?

Atau adakah Bunga terlalu takut untuk menghadapi liku kehidupan perhubungan? Segala cemburu, hasutan, kebahagiaan dan kasih sayang yang membuat hati alpa.



Kecewa dengan syarat diberikan, Sang Pencinta enggan menerima. Namun bagi menjaga kebahagiaan bersama, Sang Pencinta mengusul fahaman untuk kemenangan dua hati yang saksama... 
menyayangi sepenuh hati... @
....pergi tiada pertalian lagi 

Tiada syarat separuh sekatan. Hanya menyayangi segala raga atau titik noktah.

Sang Pencinta memberi ruang untuk Bunga memikirkan. Sang Pencinta juga menanti dengan penuh debaran. Jikalau menyayangi yang dipilih, bersamalah tersenyum indah. Namun jika tamat dipilihnya, maka kedua-dua hati akan turut terkecewa.

NOKTAH..!!!!

Itu yang dipilih Bunga. Noktah. Tiada lagi perhubungan mahu diteruskan. Jiwa Sang Pencinta lebur. Hati bagai menjerit sekuat hati namun tidak berbunyi. Untuk kesekian kali, Sang Pencinta kehilangan Bunga. Perit untuk Sang Pencinta menerimanya. Mungkin Sang Pencinta tidak cukup sempurna. Segala cela Sang Pencinta, Bunga tidak mampu memikulnya.

Namun, tidak seperti dulu, Sang Pencinta hanya menerima. Tidak lagi menampakkan RAUNGAN. Tidak lagi menampakkan AIR MATA YANG GUGUR. Tidak lagi menampakkan BERKECAINYA HATI... Kontra.... Namun, bukan kerana tidak terkecewa, tetapi segala kekecewaan itu, Sang Pencinta pendam jauh di lubuk hati. Air mata yang mengalir, biarlah hanya pantulan wajah yang melihatnya kembali. Mungkin pengalaman dahulu yang membuat Sang Pencinta dewasa.


Di sebalik redhanya Sang Pencinta, sayangnya kepada Bunga masih utuh di kalbu. Bunga adalah segalanya. Sang Pencinta rapuh tanpa Bunga mewarnai kehidupannya. Namun, Sang Pencinta tidak boleh memaksa Bunga untuk terus di sisinya. Kali ini Sang Pencinta berlapang dada menerima KEKALAHAN.


Kerana itu juga, Sang Pencinta nekad untuk pergi jauh dari kehidupan Bunga. Segalanya telah mati. Tidak mahu lagi mendekati Bunga mahupun sekadar TEMAN. Sang Pencinta berlalu bukan kerana membenci, namun kerana Bunga adalah KUNCI segala perasaannya. Sang Pencinta tidak mahu ianya terbuka, kerana pasti, air mata akan kembali berlinangan. Sayang kepada Bunga tidak mampu terkikis. Sejauh mana Sang Pencinta berlari, mimpi bayangnya masih lagi menawan. Tapi Sang Pencinta mengerti, Bunga bukan miliknya kini. Biarlah Sang Pencinta pergi, membawa KEKECEWAAN DALAM KENANGAN...

Tuesday, September 9, 2014

~I'tiraf (Sebuah Pengakuan): AKU, KAU dan DIA~

TAHUN 2013, 12 Mac, aku lihat jam di tangan. 11.30 malam. Agak lewat memandang esok aku perlu bekerja pagi. Aku masih berlegar di kancah hospital. Tanganku berpeluh. Degup jantungku bergetar. Aku perlu kuat.

“Epi, teman aku makan sat. Lapo dowh…Kes tengah tak banyak ni. Boleh la kaput sat…Sampel ko, aku dah run, lagi sejam kita tau result orait… ajak sahabatku.

Terasa diri hampa sebentar. Aku seperti tak sabar untuk ketahui keputusannya.

“Atau kau nak balik pi? Esok aku text la result tu”

“ohhh takpe…aku teman kau makan. Kau pun dah tolong aku kan…” lembut aku terima pelawaannya.

Sejam menunggu masa berlalu, aku tunjukkan diri aku cekal, cukup tabah untuk terima apa jua dugaan. Walhal apa saja diborakkan sahabatku itu, sedikit pun tak tersinggah dalam kotak fikiranku. Aku risau. Semakin laju jantungku berdegup. 

Sehinggalah detik yang aku tunggu, TIBA…

Waktu sudah melepasi tengah malam. Aku temani sahabatku menyusuri laluan ke suatu bilik gelap. Aku capai keputusan sampelku…

“Ya Allah...!!!!!!”

Tersentak jantungku seketika. Kakiku lemah seakan tidak memijak bumi. Mataku berat menahan kesedihan.

Aku melangkah menuju ke tempat aku berlindung. Aku masih belum boleh menerima kenyataan. Telefonku tak henti berdering. KAU ingin mengetahui. Jarak memisahkan untuk KAU menemani aku ketika waktu sebegini. Aku khabarkannya mudah. Terima kasih kerana KAU sudi bersamaku. Namun,  aku inginkan sendirian. Diriku kaku.


Aku cuba bangkit dari sedihku. Aku segarkan wajah,tangan dan kakiku. Tiga kali setiapnya. Laluku hamparkan sejadah.

“Allahuakbar…” suaraku sayu. Berderai air mataku gugur ke bumi. Mengigil segala tubuhku menyembah kepadaNya.

“Aku terlalu bersalah, Ya Allah. Aku mohon maaf…semaaf maafnya kerana ingkar kepada perintahMu. Bertahun lamanya aku ingkar. Aku angkuh dengan nikmat yang Kau berikan. Mulutku celupar menentang keesaanMu…”

Malam ini Kau tunjukkan segalanya. Hanya kepadaMu aku berserah. Memang, penyesalan sebegini sudah terlewat. Masa telah berlalu dan tidak akan kembali. Apa yang berlaku ke atasku, aku harus TELAN pahitnya. Aku terima segala pembalasan di atas kesilapanku.

Aku cari IQRA yang sudah lama aku sembunyikan. Fuhhhhhhhhh…ku tiup dedebu yang telah lama mengalasinya.

“Ba…Ba…A,…Bi…A…Ba”  bergetar suaraku. Semakin laju air mataku berderai. Semuanya sudah terlambat. Sudah terlambat untuk aku pelajari ilmuMu. Umurku lanjut, ilmu duniaku tinggi tapi aku seakan budak kecil yang baru kenal hurufMu.

Aku lihat sekeliling rumahku. Aku lihat segala nikmat dunia yang telah aku kecapi. MUSNAHHHHHHHH. Itu saja yang mampu aku fikirkan. Segala kerjayaku, kehidupanku yang aku bina selama ini...dalam sekelip mata, Yang Esa mampu menariknya semula. Aku angkuh. Aku terlupa akan KESERONOKAN dan NIKMAT kurasai hari ini tidak akan kekal selama-lamanya. Fikiranku kolot.  
  
Aku perlukan peneman. Aku perlukan pembimbing. Kerana itulah, aku kerap mencari KAU. Aku menyesal segala perbuatanku yang merendah-rendahkan KAU ketika KAU cuba memujiNya. Aku menyesal sikap munafikku yang melarang KAU sujud kepadaNya. Aku menyesal akan segala perbuatanku yang selama ini tidak menghargai KAU. Dan dalam dugaan kulalui ini, KAU juga yang masih berdiri bersama...mententeramkanku.

Tidak cukup itu, aku mula rapat dengan sahabat lama. PEREMPUAN. M namanya. Aku ceritakan segalanya. Daripada kejahilanku di dalam agama, kerakusanku dalam kehidupan yang tidak berbatas dan dugaan yang sedang aku tempuhi. SEGALANYA. "Astaghfirullahaldzim…" itu saja yang mampu M ungkapkan.

“Sudah lama, kami perhatikan. Kami ada cuba menegur. Dari zaman belajar dulu. Tapi tak diendahkan” ujar M ringkas.

Tapi aku bersyukur, M tak menolak diriku. Perlahan-lahan M pimpin tanganku. Tiap kali matahari melabuhkan surianya, pasti aku terima pesanan M mengingatkan aku untuk pelajari ilmuMu.

“Masih belum terlambat selagi kita bernafas di bumiNya”


Dihadiahnya aku buku untuk aku kenal indahnya hidup bersyariatkan Islam. Diberinya aku zikir-zikir dan alunan nasyid untuk aku perdengarkan di halwa telingaku.

Namun, rasa penyesalan diriku masih belum nampak titik noktahnya. Mataku masih bergenang tiap kali aku melihat SAKITKU ini. Setiap kali aku terjaga dari lelapku, aku cuba litupi sedihku dengan BERTAHAJUD kepadaMu. Aku cuba BERMUNAJAT mudah-mudahan dugaanku ini menyisih. Aku BERSUJUD TAUBAT memohon kemaafanMu.

“Terima kasih Ya Allah, kerana memberi aku dugaan seperti ini. Terima kasih kerana Kau berikan kesempatan dengan HidayahMu untuk membuka khilafku mengingatiMu. Terima kasih kerana Kau masih menyayangi hambaMu ini”

Rentetan dengan apa yang aku tempuhi, aku masih mencari PENAWARNYA. Sungguhpun aku bermula perlahan, aku kekalkan momentumku dengan apa yang wajar aku rawatkan. Masa pantas berlalu, amalan harianku kian memberi reaksi positif. Satu per satu titik dugaanmu lenyap tidak kembali pada tubuhku...

“Ya Allah, aku takut. Aku takut kiranya Kau pisahkan aku dari dugaanMu, apakah aku mampu mengingatiMu? KEKALKANLAH HIDAYAHMu.

Pernah…di saat sedang aku mula memupuk iman di dada, aku diuji. Aku dipertemu dengan seseorang yang telah lama tidakku bertentang mata. Molek wajahnya, segak dadanya. Lantas, ditanggalkannya pula satu per satu lilitan benang pada tubuhnya.

Meskipun sebegitu, aku bersyukur, aku berjaya menepisnya. Aku menolak ajakannya bahkan aku berkongsi bersama hidayah yang Kau berikan kepadaku. Kuatkan aku, Ya Allah.

Aku percaya... Di setiap nur yang Kau berikan, akan Kau selitkan jua ujian agar hambaMu tidak lupa. Agar sentiasa beringat kepadaMu. Mudah-mudahan Kau berikan aku ruang untuk BERISTIQOMAH mengenalMu.

*      *      *      *      *      *
6 BULAN TELAH BERLALU dan segala ingatanku kepadaMu semakin ada pengisiannya. Alhamdulillah. Sehinggalah pabila aku benar-benar sihat, aku mula lalai dengan ujianMu.


Aku berkenalan dengan DIA. 

Baik bahasa ditutur, sopan tingkahnya. Solat dijaga, sejuk hatiku melihat DIA mengingatiMu. Aku terpaku melihat dirinya.

Namun, adakah mataku kabur dengan lakunya yang membuat aku menerima DIA dalam kehidupanku?


Terjadilah pada suatu malam, AKU TERLENA BERSAMA DIA. Diriku tersentak seketika. Apakah benar yang sedang aku lakukan? APAKAH AKU TEWAS? Aku cuba mencari jawapannya. Aku bangkit dari lenaku.  Aku biarkan DIA dibuai kesunyian malam. Aku capai surahMu. Tergagap satu persatu aku menyebut ayatmu. Suaraku menggigil, air mataku gugur dan hatiku memohon kepadaMu...

“Ya Allah, jika benar Kau wujudkan DIA untuk membimbingku, aku bersyukur dengan apa yang Kau kirimkan, namun, jika ini ujian yang Kau berikan kepadaku, Kau berikan aku ruang untuk sama-sama membawanya ke arahMu. Aku berjanji akan menjaga DIA…Maafkan aku”


Tapi, apa yang aku fikirkan sebenarnya? Adakah aku terlalu EGO dan SEGAN untuk tunjukkan kepada DIA yang diriku sedang mengenalMu? Atau apakah aku terlalu risaukan DIA menjalinkan sesuatu jika aku tidak memuaskan serakahnya?


Pendekatanku salah.  Aku banyak menguji DIA. Aku terlalu jahil mencari keikhlasan DIA yang akhirnya membenam nawaituku sendiri.

Tidak cukup dengan itu, aku kerap kali menidakkan khabar yang aku sedang mengenaliMu. Sikap ragu-ragu aku mengatasi segalanya. Kenapa harus aku perlaku sebegini?

  • Kenapa perlu aku MEMPERJUDI lakonanku untuk tidak solat semata-mata untuk menguji DIA??
  • Kenapa aku mengatakan tidak kepada DIA sedangkan aku SUJUD menyembahMu??
  • Kenapa aku diamkan dari DIA untuk mengatakan aku sedang BERPUASA sunat??
  • Kenapa aku perlu menyorok dari DIA sedangkan aku di dalam RUMAHMu??
  • Kenapa perlu aku mengatakan aku sedang tidur walhal YASSIN yang sedang aku bacakan??
  • Kenapa perlu aku mengatakan aku mengalirkan AIR IBLIS di dalam tubuhku sedang tidak seumur hidupku pernah memegangnya?


Hari berganti hari, kelalaianku semakin menguasai. Aku lupa dugaan yang pernah Kau berikan. Setiap kali aku bertemu DIA, setiap kali itu juga aku semakin jauh mengenalMu. Sikapku untuk menolakMu semakin tidak terbendung. Aku gembira...adanya DIA, Kau berikan aku kehidupan yang jarang kurasai namun bukan KESERONOKAN yang aku sasarkan. Aku tersepit di antara NAFSU dan JANJI.

Pernah berulang kali DIA ungkapkan…
“rasa seperti kehadiran aku ini, buat kau semakin jauh dari Allah. Dulu kau ingin kenaliNya. Kita patut kurangkan semua ini, supaya kau tak menyimpang”

Namun, kekallah ia hanya sekadar WADAH MANIS  yang jauh dari dunia realiti. Diriku semakin dinoda. Kealpaan aku semakin menjadi. Aku seakan kembali ke dalam DUNIA GELAPKU.


Tapi benar orang kata, setiap niat baik yang kita lafazkan tidak ubah seperti doa. Tuhan benar-benar makbulkan. Tuhan LENYAPKAN DIA. Dan sekali lagi kehidupanku tersentak. Suatu yang paling aku sayangi, hilang sekelip mata. Apakah ini balasanMu kerana salah pengisianku atas nikmat yang Kau beri? Tangisanku kembali...menemani di setiap hening malamku. Teringin sekali aku bersujud kepadaMu memohon ketenangan dan kesabaran, mengenang pemergian DIA. Aku tahu, hanya doa dan munajat yang mampu mententeramkan lenaku.
  • Tiada lagi momen yang selalu ingatkan aku tentang solah
  • Tiada lagi kudengar merdunya suara imam membaca. 
  • Dan angan-anganku untuk bersama belajar bacaanMu, akhirnya KEKAL menjadi angan-angan.

Ya, aku bodoh. Aku silap mencatur apa yang Kau beri. Yang aku rasa ada kebaikan datangnya DIA kepada aku, tapi tidak aku syukuri. Mungkin juga benar, ada DIA, aku lupa kepadaMu. Maafkan aku, Ya Allah. 


Aku tidak melawan ketentuanMu. Aku berterima kasih kerana Kau PISAHKAN aku dari NAFSU DOSA. Aku berterima kasih, kerana Kau masih menyuluh aku ke jalanMu. Kau masih sudi menyedarkan aku, bahawa hanya Kau yang mampu berikan ketenangan kepadaku. 

Cuma aku bersedih kerana aku gagal membimbing DIA. Aku bersedih kerana aku GAGAL kotakan JANJIKU kepadaMu.


Friday, September 5, 2014

++ Aku MEMBERI Bukan Kerana Aku MEMPUNYAI LEBIH ++

#AKU termenung seketika. Memikirkan sesuatu yang pernah terjadi di dalam kehidupan seharian. Benar, kita selalu meminta. Kita meminta sesuatu yang besar daripada TUHAN, kita meminta sesuatu daripada keluarga, teman-teman dan adakalanya orang di sekeliling kita.


==>>>> TAPI, pernah kita MEMBERI sebanyak mana yang kita pernah MEMINTA kepada orang lain?

Berguguran air mata aku mengenang suatu perkara. Peristiwa sedih apabila aku tidak diberi sebagaimana aku pernah MEMBERI kepadanya.

AKU mula mengenali DIA. Aku kagum dengan tutur caranya. Pabila suatu kejadian berlaku, DIA meminta berulang kali. Walau perit hati ini menanggung, walau menitis air mata ke bumi, walau pahit hendak ditelan, namun aku masih MEMBERI.

~~~~BUKAN kerana aku memberi, bermakna aku mempunyai lebih. Tidak bermakna aku mempunyai kekuatan~~~~

TAPI aku MEMBERI kerana aku pernah rasa tersungkur...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa ditindas...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa sakit diabaikan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa ditinggalkan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa hidup keseorangan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa hidup tanpa pertolongan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa dipermainkan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa hidup dijanjikan kepelbagaian...

ITU semua adalah suatu keperitan, kesakitan, kesusahan dan kehancuran. 

DAN kerana itu, aku belajar untuk MEMBERI. Aku MEMBERI pada tika DIA inginkan kebahagiaan, tika DIA ingin memperbetul keadaan. Aku MEMBERI kerana aku tidak mahu DIA merasa segala perit yang pernah aku rasa walaupun pahit jua yang perlu aku telan.

!!!! Cuma sakit pabila AKU ditolak ketika AKU pula meminta daripada DIA. Mungkin DIA lupa dan asyik dengan nikmat yang telah diperolehinya...!!!

MUNGKIN benar, segala peristiwa yang dilalui lebih mendewasakan kita. Tapi inilah kehidupan kita sesama manusia. Hidup ini umpama roda. Apa salahnya KITA MEMBERI sebanyak mana tangan kita pernah meminta. Janganlah kita terlalu angkuh dengan apa yang kita perolehi daripada apa kita minta. Janganlah kita lupakan orang di sekeliling yang pernah MEMBERI kepada kita.

#JANGANLAH hari ini DIA meminta, tapi kita lupakan, kita nafikan hak dia walhal kita pernah meminta sesuatu yang serupa. Hari ini kita tertawakan DIA kerana kita mendapat nikmat yang lebih hebat SETELAH menafikan dia. Tapi jangan kita lupa, segala nikmat yang kita perolehi, sekelip mata boleh hilang di sisi. Hari ini kita bergembira tapi janganlah sudah TERSUNGKUR, baru kita ingin MEMINTA SEMULA daripada DIA.

Tuesday, May 31, 2011

KLINIK KESIHATAN SIMPANG PELANGAI

         
Dah lama aku terasa nak tulis post pasal tempat keje aku ni...tp asik x menyempat  je..jadi kali ni, patient xde, ley la aku cuba luahkan pasal tempat keje aku ni...so far skang aku kat sini dah 1 tahun 7 bulan...lama gak tu...

        Bile orang cakap je Simpang Pelangai ni...minded orang  “hutan, hulu, pedalaman, jalan merbahaya dan takde pape”...urm betoi la...tu la tanggapan aku masa aku first time datang sini...pergh jalan die mmg macam ular...seram gak aku lalu..tapi itu dari Karak...anggapan pertama. Sebenarnya laluan KKSP ni ada laluan lain...kalo dari Temerloh, ada gk jalan die...much better...kalo dari Seremban pun ada jalan die...much better gk...dan kalo dari  Melaka pun much better gak...Cuma skang ni problem die jalan Karak tu je yg wat orang menyampah nk lalu...tapi kalo dah biasa lalu, dah mcm takde pape plak...

       Anyway, bagi sesape yg posting kat cni..jgn la takot...cuba masuk dulu...memula mmg la nak nanges, tapi mybe korung ley wat camne nak rasa seronok...kenapa aku ckp camni?? Hehehe ...simpang  pelangai ni bagi aku sbenarnya terletak kat tengah2 la...sbb aku ni asal orang KL, tapi mak aku dah pindah melaka...jadi life aku still KL dengan melaka.

      Jap, kalo korung sampai cni...cuba korung straight dlm 2-3km ke depan...apa korung akan nmpk??hehe sempadan negeri sembilan. Jadi pe aku nak maksudkan...namanya korung keje kat Pahang...tapi mostly life negeri sembilan la...

      Oke skang mari kite tgk dlm google map jaraknya ye...

                                 

                    Simpang Pelangai – Bentong   = 65km
                    Simpang Pelangai – Karak   = 42km
                    Simpang Pelangai – Temerloh   = 75km
                    Simpang Pelangai – Wangsa Maju, KL   = 110km
                    Simpang Pelangai – Seremban   = 79km
                    Simpang Pelangai – Bahau   = 55km
                    Simpang Pelangai – Melaka   = 126km
                    Simpang Pelangai – Kuala Klawang   = 43km
                    Simpang Pelangai – Senawang   = 80km
                    Simpang Pelangai – Kajang   = 101km
                    Simpang Pelangai – Cheras   = 115km

      Well, kalo korung dok kat pahang ni, masalahnya, nak pegi dari 1 destinasi ke 1 destinasi lain mmg la jauh jarak nya...mostly mesti makan 20-30km nya...pahang mana ada kecik ma...hahaha, tapi point aku kat sini, kalo korung tgk jarak2 yang aku list kan kat atas tu, takde la jauh sgt kan bg org2 kat phg ni...dan mostly jarak yg dekat, adalah negeri sembilan sebenarnya...

      Padan la aku pelik dentist aku kat cni, fight nak keje kat cni..taknak kat kuantan or temerloh...die pompuan ye...sebab apa..sebab die org lenggeng, N9...masa perjalanan sini ke uma die tu dlm sejam je...cehhh.sronok apa...nak balik kampung 2 hari sekali pun boley..bukan nya jauh mana pun...dari kuantan nak ke cni ada yg makan 3-4 jam.

       Oke pasal keseronokkan plak...meh aku pengaruh korung...mmg la nmpk tmpat ni jauh... tapi korung tak rasa ke Jerantut lagi jauh ke tempat entertainmen??Kuala Lipis tu..ada apa entertainmen??Rompin??Muadzam??Temerloh pun ada apa la sgt...??hahahaha

       Biasa ktorg kat cni, kalo nak beli barang dapor, baek g bahau.tengok side negeri sembilan..jangan tengok side pahang...tengok side pahang mmg la xde apa..tapi negeri sembilan, superb..supermarket bahau yang ada..upwell...kekeke takde la gempaq sgt...stakat KFC, Pizza ngan marry brown tu adalah...owh tak dilupa, bahau ada wayang gak.hotel belambak...kenapa ye??hahaha..masa perjalanan dlm 30-45min je...nak shoping baju kasut pun boley la...Kuala Pilah dekat gk, tapi bandar mati..baek g bahau..

        Tapi kalo aku ni dah gile or masuk air, aku biasa g seremban trus.. kol 5pm trus shoot.g Jusco Seremban 2 or terminal 1, tgk wayng ke or nak makan pape yg mengidam...urmm kdg2 tu aku trus ke senawang lepak kat McD smpai kol 1 pagi baru balik Simpang Pelangai.mcd die 24 hours apa..dari temerloh o Jerantut o Lipis apa ada..Senawang pun idop gk ngan kedai makan taw...dan yang best, laluan die tanpa tol...dari mcm bentong nak ke KL, pegi balik da rm16...huhuhu

       So entertainmen tu korung create la sendiri..jgn la rasa bosan...ni aku nak cite pasal balik KL dgn Melaka lak...kalo balik KL ada 2 jalan...aku dok kat area wangsa maju camtu....so kalo ikut Karak lagi dekat la...dlm sejam sengah dah sampai dah...xde la letih sgt.tp tol la kena.hahah..tp kalo korung dok area cheras, aku syor kan korung ikot jalan klawang masuk lenggeng trus semenyih tembus cheras....tol takde la byk sgt mcm ikot jalan Karak...dlm rm3 je kot...masa perjalanan dlm 2 jam sebab jalan kampung..takley  speed sgt...

       Kalo balik melaka la...trus je ikot jalan dalam..ley speed dlm 120km/j lepas bahau...hehehe...tp awas lembu...jalan takde tol...so amat jimat...masa perjalanan pun dlm 2 jam je..hurmm so apa yg jauh sgtnya pun...biasa kol 6 pagi ari senin baru aku grak dri Melaka ke Simpang Pelangai ni...sempat je smpai...takde la penat sgt...sbb staff cni baik...

       Oke skang ckp pasal keje lak...klinik ni full..OPD ada, KKIA ada, Dentist ada, Lab ada, Xray ada, Farmasi pun ada...so complete...sume ada...kat daerah Bentong ni, 2 klinik je yg complete camni..jadi best la gk kat cni...kalo andai kata korung posting kat cni, uma jgn risau sgt...biasa nya org2 cni baek...tak perlu cari uma luar...kite dok sekali je dlm kuarters...kongsi...biasa bujang la...tu da trend kuarters cni..kuarters tu juz atas nama je...tapi dok kongsi2...sbb kuarters x cukup.

        Dulu masa aku 1st time posting cni, 2 bulan aku ulang alik pelangai- Karak...letih la gk sbb jalan die kan..time tu aku x explore lg side N9..aku tak to...las2 bebudak ni pelawa aku dok kuarters skali.dari situ mula aku tgk kawasan N9..cehhhh..kalo aku, baik aku dok N9 dlu...lagi dekat..jalan lagi elok...Simpang Durian dekat. Simpang Pertang pun xde la jauh mcm Karak tu.

         Pelangai ni mmg la kawasan melayu...tapi bagi Chinese tu, dun wori..sbb penempatan Cina tak jauh pun...ada pekan Mancis. Tu mostly cina...actually rumah teres kat Simpang Durian pun mostly Cina...so dun worri ye.

         Patient kat cni takde la ramai.oke je..tak busy...boss tu takde la tekan sgt...jadi boley dickpkan keje cni tak pressure...mybe sgt tak pressure kot...juz kalo ada org luar yg dtg menyibuk je wat kite rasa menyampah...budak2 cni slumber, fun...seyes best...sume muda2 lagi, lom tua lagi...

          Klinik lain yg berdekatan...paling hampir, KK Simpang Durian la...dlm 9 km je...KK tu jaga side N9...KKSP jga sempadan pahang...tu je...lain KK Chemomoi bru buka...urmm apa pun njoy je dok cni. Jangan la cuak..Cuma tak best nya sbb bos la. Ada ke die pk pharmacist kat cni patut hanya lelaki sahaja?..patut pompuan pun boley...sbb takde la menyeramkan...btoi..sbb kite wat pandang ke N9. Mesti hepi nya...kalo dentist, lab , xray boley je pompuan, xde masalah... nape lak pharmacist mesti lelaki??ada silap paham di situ...dari korung dok rompin, lipis tu...rasa lagi la xde menda..ada je life sana??hahahaha

          Apapun, kalo korung rasa korung tercampak dari Negeri Sembilan, Melaka o Selangor Selatan untuk datang bekerja di Pahang ni...aku mmg syorkan, baek korung minta tempat cni..senang bagi korung nak balik kg...jalan x jau...sharp kol 5 jumaat dah boleh balik.sejam 2 dah sampai uma..subo pagi isnin, datang la semula..jalan xde nya jem la...selesa...hahaha x caya korung dtg la cni...tp jangan korung misjudge sbb jalan Karak- Pelangai yg hampeh tu...kite wat pandang ke Negeri Sembilan, korung mesti sronok...rasanya kalo pelangai ni under N9, mesti die idop...hehehehe

         Adios guys...at least coretan aku ni dpt reliefkan perasaan sesape yg kena campak keje cni...

 ....mesti hepi yeahhhhhhh....