Thursday, January 7, 2016

~SaNG PeNCiNTa ep. II~

Wahhh...bersinar wajah Sang Pencinta. Terpancar seri. Bunga yang hilang dulu kini kembali. Bermula semula episod pertalian dua hati.

Cuma kasihan Sang Pencinta, jika diingat perihal dahulu. Tidak makan berhari-hari, tidur mata tak pejam. Hanya air mata yang asyik berguguran memikirkan Bunga yang pergi entah ke mana. Sang Pencinta terlalu rindu akan Bunga ketika itu. 

Hari demi hari, Sang Pencinta sujud berdoa, dibukakan pintu hati Bunga untuk kembali. Hari demi hari juga, jauh dilubuk hati, Sang Pencinta tetap MENANTI. Masih jelas dalam hati Sang Pencinta, dia mengharapkan keajaiban...


...keajiaban Bunga muncul kembali~


Kini, segala munajat telah terkabul. Malap sinar kian berseri. Silap amarah, diletak ketepi. Masing-masing mula memasang niat memperbetul diri. Sang Pencinta tekad memastikan Bunga sentiasa di sisi. Hmmmmm... persoalannya, Apakah munajat yang diniat, kekal tersemat di hati? 

Ibarat sesi tautan bermula segar, Sang Pencinta turuti apa dimahunya Bunga. Dijaga rapi dikhuatiri Bunga tersentak jiwa. Perkara itulah yang tidak sanggup Sang Pencinta lalui semula. Sang Pencinta hanya mahukan yang TERINDAH. Sang Pencinta mahukan Bunga terasa TERISTIMEWA


Segala cela, ditutup sebelah mata. Tak mahu diingati, tak mahu diluahkan beremosi. Namun, Sang Pencinta hanya manusia biasa. Memiliki naluri dan perasaan tersendiri. Adakala Sang Pencinta tidak tertahan sakitnya, hanya mampu menderai air mata jatuh ke bumi. KESEORANGAN. Biarkan apa terjadi, Sang Pencinta tidak mahu kehilangan Bunga sekali lagi.


Tiba hingga suatu ketika, hubungan yang cuba dipertahan, kian goyah. Ranjau yang ditempuh kian berliku. Kedua-dua hati kembali terguris. Sang Pencinta musykil di mana silapnya. Mengapa dua hati ini masih bercakaran? Tergaru seketika. Apapun, Sang Pencinta akui, kerana KESUMAT, adakalanya Sang Pencinta tersimpang menodai perasaan Bunga. Tidak hanya itu, dek kerana CEMBURU, kelihatan tertewasnya Bunga. Hasutan itu terlalu tipis untuk Bunga melawannya. Sehingga apa sahaja yang dikatakan oleh Sang Pencinta, Bunga sukar mempercayainya.

Akhirnya, Bunga mengajak Sang Pencinta duduk bersefahaman. Cerita bermula perlahan, kian hangat apabila nada seakan tidak terkawal. Sehinggalah Bunga meletakkan suatu SYARAT untuk kekal Sang Pencinta di sisi...
..............Bunga tidak mahu perhubungan seperti yang lalu.

Kaku Sang Pencinta.
Apakah benar yang didengarinya? 
Apakah makna tidak mahu perhubungan lalu?

Sang Pencinta bingung seketika. Terbisik cuba mendengar penjelasan Bunga. Tidak...syarat itu kejam. Segala sayangnya Sang Pencinta diletakkan sekatan. Bagaikan suatu kehidupan yang hilang jiwanya. Adakah Bunga lupa, Sang Pencinta juga manusia? Yang turut mempunyai hati dan perasaan. Bukanlah harta kekayaan yang Sang Pencinta inginkan. Sang Pencinta hanya mahukan perasaaan dicinta dan menyintai, disayang dan menyayangi. SEPENUH HATI. Bukanlah perasaan cinta dengan sekatan atau penafian kebebasan untuk memiliki perasaan sebegitu.

Sekali sekala, tersentak juga fikiran Sang Pencinta. Bunga tegas menyatakan betapa sayangnya kepada Sang Pencinta. Namun jikalau benar itu dinamakan sayang...
  • Sanggupkah Bunga melihat insan yang disayangi itu terseksa menangis hanya kerana dek kemahuan kepuasan hati sendiri? 
  • Mengapa hanya kebahagiaan yang Bunga mahukan dan tidak sanggup mengharungi cabaran bersama? 
  • Adakah kesempurnaan yang Bunga cari? 
  • Itukah erti kesungguhan sayang yang dimaksudkan?

Atau adakah Bunga terlalu takut untuk menghadapi liku kehidupan perhubungan? Segala cemburu, hasutan, kebahagiaan dan kasih sayang yang membuat hati alpa.



Kecewa dengan syarat diberikan, Sang Pencinta enggan menerima. Namun bagi menjaga kebahagiaan bersama, Sang Pencinta mengusul fahaman untuk kemenangan dua hati yang saksama... 
menyayangi sepenuh hati... @
....pergi tiada pertalian lagi 

Tiada syarat separuh sekatan. Hanya menyayangi segala raga atau titik noktah.

Sang Pencinta memberi ruang untuk Bunga memikirkan. Sang Pencinta juga menanti dengan penuh debaran. Jikalau menyayangi yang dipilih, bersamalah tersenyum indah. Namun jika tamat dipilihnya, maka kedua-dua hati akan turut terkecewa.

NOKTAH..!!!!

Itu yang dipilih Bunga. Noktah. Tiada lagi perhubungan mahu diteruskan. Jiwa Sang Pencinta lebur. Hati bagai menjerit sekuat hati namun tidak berbunyi. Untuk kesekian kali, Sang Pencinta kehilangan Bunga. Perit untuk Sang Pencinta menerimanya. Mungkin Sang Pencinta tidak cukup sempurna. Segala cela Sang Pencinta, Bunga tidak mampu memikulnya.

Namun, tidak seperti dulu, Sang Pencinta hanya menerima. Tidak lagi menampakkan RAUNGAN. Tidak lagi menampakkan AIR MATA YANG GUGUR. Tidak lagi menampakkan BERKECAINYA HATI... Kontra.... Namun, bukan kerana tidak terkecewa, tetapi segala kekecewaan itu, Sang Pencinta pendam jauh di lubuk hati. Air mata yang mengalir, biarlah hanya pantulan wajah yang melihatnya kembali. Mungkin pengalaman dahulu yang membuat Sang Pencinta dewasa.


Di sebalik redhanya Sang Pencinta, sayangnya kepada Bunga masih utuh di kalbu. Bunga adalah segalanya. Sang Pencinta rapuh tanpa Bunga mewarnai kehidupannya. Namun, Sang Pencinta tidak boleh memaksa Bunga untuk terus di sisinya. Kali ini Sang Pencinta berlapang dada menerima KEKALAHAN.


Kerana itu juga, Sang Pencinta nekad untuk pergi jauh dari kehidupan Bunga. Segalanya telah mati. Tidak mahu lagi mendekati Bunga mahupun sekadar TEMAN. Sang Pencinta berlalu bukan kerana membenci, namun kerana Bunga adalah KUNCI segala perasaannya. Sang Pencinta tidak mahu ianya terbuka, kerana pasti, air mata akan kembali berlinangan. Sayang kepada Bunga tidak mampu terkikis. Sejauh mana Sang Pencinta berlari, mimpi bayangnya masih lagi menawan. Tapi Sang Pencinta mengerti, Bunga bukan miliknya kini. Biarlah Sang Pencinta pergi, membawa KEKECEWAAN DALAM KENANGAN...

No comments:

Post a Comment