Friday, September 5, 2014

++ Aku MEMBERI Bukan Kerana Aku MEMPUNYAI LEBIH ++

#AKU termenung seketika. Memikirkan sesuatu yang pernah terjadi di dalam kehidupan seharian. Benar, kita selalu meminta. Kita meminta sesuatu yang besar daripada TUHAN, kita meminta sesuatu daripada keluarga, teman-teman dan adakalanya orang di sekeliling kita.


==>>>> TAPI, pernah kita MEMBERI sebanyak mana yang kita pernah MEMINTA kepada orang lain?

Berguguran air mata aku mengenang suatu perkara. Peristiwa sedih apabila aku tidak diberi sebagaimana aku pernah MEMBERI kepadanya.

AKU mula mengenali DIA. Aku kagum dengan tutur caranya. Pabila suatu kejadian berlaku, DIA meminta berulang kali. Walau perit hati ini menanggung, walau menitis air mata ke bumi, walau pahit hendak ditelan, namun aku masih MEMBERI.

~~~~BUKAN kerana aku memberi, bermakna aku mempunyai lebih. Tidak bermakna aku mempunyai kekuatan~~~~

TAPI aku MEMBERI kerana aku pernah rasa tersungkur...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa ditindas...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa sakit diabaikan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa ditinggalkan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa hidup keseorangan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa hidup tanpa pertolongan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa dipermainkan...Aku MEMBERI kerana aku pernah rasa hidup dijanjikan kepelbagaian...

ITU semua adalah suatu keperitan, kesakitan, kesusahan dan kehancuran. 

DAN kerana itu, aku belajar untuk MEMBERI. Aku MEMBERI pada tika DIA inginkan kebahagiaan, tika DIA ingin memperbetul keadaan. Aku MEMBERI kerana aku tidak mahu DIA merasa segala perit yang pernah aku rasa walaupun pahit jua yang perlu aku telan.

!!!! Cuma sakit pabila AKU ditolak ketika AKU pula meminta daripada DIA. Mungkin DIA lupa dan asyik dengan nikmat yang telah diperolehinya...!!!

MUNGKIN benar, segala peristiwa yang dilalui lebih mendewasakan kita. Tapi inilah kehidupan kita sesama manusia. Hidup ini umpama roda. Apa salahnya KITA MEMBERI sebanyak mana tangan kita pernah meminta. Janganlah kita terlalu angkuh dengan apa yang kita perolehi daripada apa kita minta. Janganlah kita lupakan orang di sekeliling yang pernah MEMBERI kepada kita.

#JANGANLAH hari ini DIA meminta, tapi kita lupakan, kita nafikan hak dia walhal kita pernah meminta sesuatu yang serupa. Hari ini kita tertawakan DIA kerana kita mendapat nikmat yang lebih hebat SETELAH menafikan dia. Tapi jangan kita lupa, segala nikmat yang kita perolehi, sekelip mata boleh hilang di sisi. Hari ini kita bergembira tapi janganlah sudah TERSUNGKUR, baru kita ingin MEMINTA SEMULA daripada DIA.

1 comment:

  1. tangan yang memberi dan tangan yang menerima , saling melengkapi dalam dunia harmoni.

    ReplyDelete