(sila klik pada di klip video ini, biarkan ia beralun sebelum mula membaca post ini)
Langit cerah memancar.Angin halus membuai.SANG PENCINTA duduk bersila memerhatikan satu persatu KUNTUM dicari. Tapi Sang Pencinta tidaklah seensem mana. Lalu keyakinannya untuk memikat direncat. Sang Pencinta hanya duduk termenung membilang saat agar cinta dicari ditemui.
Tersebutlah alkisah pabila datang seorang Kuntum. Terletak wajahnya. Cuma kurang bergaya. Disapanya Sang Pencinta. Dikenalnya hati dan perilaku. Sang Pencinta malu...malu hendak mengakui Kuntum yang dicari telah ditemui. Takut kecewa dirinya bertepuk sebelah tangan.
Namun, Kuntum itu memberikan seribu sinar cahaya cinta. Sang Pencinta melonjak kegembiraan. Sang Pencinta berazam untuk menjaga Kuntum lebih dari nyawanya. Bila bertelingkah, Sang Pencinta memujuk. Kekallah gembira Sang Pencinta dan Kuntum. Pelbagai tohmahan dilepar, namun tetap dapat ditepis secara aman.
Meskipun kelihatan gembira, namun Kuntum mula memendam perasaan menolak diri Sang Pencinta. Bukan silap siapa. Silap Sang Pencinta juga. Sang Pencinta tidak tahu membahagiakan Kuntum. Kuntum inginkan seseorang yang romantik di sisi. Tetapi Sang Pencinta tidak.
Gagallah Sang Pencinta. Kuntum pernah ingin meninggalkan Sang Pencinta. Cukup remuk perasaan Sang Pencinta ketika itu. Sang Pencinta cuba meminta peluang kedua. Sang Pencinta sanggup melakukan apa sahaja, asalkan Kuntum kekal di sisi.
Sejak dari itu, Sang Pencinta kerap duduk di perigi buta. Dibaling batu. Memikirkan satu persatu langkah untuk membahagiakan Kuntum. Kuntum inginkan mahligai. Dibina Sang Pencinta. Kuntum ingin dibelai. Didodoinya Sang Pencinta. Kuntum inginkan perhatian. Ditinggalnya kerja oleh Sang Pencinta untuk selalu bersama Kuntum.
Lalu, pada suatu malam, Kuntum inginkan kepuasan. Sang Pencinta lari ke perigi buta. Dibalingnya batu ke dalam. Berkocak air keruh di dalamnya. Berkocak juga jiwa Sang Pencinta. Namun Sang Pencinta berkata “tidak ada apa-apa wahai si Hati, janganlah engkau menangis. Inilah langkah terbaik untuk mengelakkan Kuntum melangkah pergi”. Sang Pencinta cuba cekalkan hati.
Diajaknya buah BERI masuk ke mahligai. Manis wajahnya semanis isinya. Kuntum gembira melihatnya. Berkenallah Beri dan Kuntum. Jiwa Sang Pencinta mula berkocak.
Tabah..tabah...tabah...itulah yang sering disematkan Sang Pencinta. Akhirnya Sang Pencinta merelakan tubuh Kuntum dinodai Beri. Sang Pencinta memerhatikan sahaja. Bergeletar seluruh tubuh Sang Pencinta. Dua bibir bersatu. Hancur remuk perasaan Sang Pencinta. Ketika itu, isi hati Sang Pencinta menjerit. Kuntum, aku sangat sayangkan dikau. Tapi aku tahu, aku tidak mampu memberikan kepuasan kepada dikau. Aku harap ini mampu walaupun aku kelihatan DAYUS.
Walaupun hati Sang Pencinta cekal, namun hakikatnya hatinya telah dirobek. Sang Pencinta berlari ke perigi, lalu menangis menatap potret Kuntum yang selalu tersemat di dalam poketnya. Setelah sekian masa berlalu, Sang Pencinta pulang kembali. Melihat wajah Kuntum kepuasan, hati Sang Pencinta gembira di saat pilu menyelubungi...
Bagi Sang Pencinta, “Kuntum...engkaulah segalanya. Akan kucuba penuhi kehendak dirimu selagi badanku kanun di sisi nyawa.”...Berguguran air mata Sang Pencinta. Namun, jika itulah titik hitam yang perlu ditempuh agar kekal bersama orang yang disayangi, Sang Pencinta akan tetap menempuhinya...
~~Tak daya menahan air mata Dan meratapi hiba menyesal dan meronta oh Hatiku kan selama memuja dan menyinta Kau kekasihku Hilang~~
Aku totally dahbrain off kot...tgk la pic kat atas tu...tetiba je aku terniat ati nak beli...ha dah la aritu plak...aku tetiba amek cuti....sori bos, ngan bebudak aku...aku dah x tahan...rindu bangat sama die dong...dan aku isyhthiar kan aritu....kekekeke
~~~CUTI WINDU~~~
Tapi memula aku x terpikir pun nak beli bunga tu...juz sekadar nak balik uma, tatap wajah die...dapat peluk pun sodap gk...x terlintas pun nak wat menda gile camtu....tapi dah sebab aku layan lelagu jiwang masa drive, dgn ujannya plak...rs sejuk dan tersentuh plak ati...pastu drive 130km...lagi la layan feel...apa lagi..sampai kat kl, baru terpikir nak beli...dan nak dijadikan cite, tempat yg aku drop by tu plak, ada jual...mmg sgt lucky...x familiar pun tmpt tu...
Ha tiap kali aku nak bg die, mesti berdebar jantung....kaget seyh....tapi gembiranya ati bile die terima...suka suka suka....aku hepi sangat....
Keesokkannya plak...pas siap kemas uma semua...kepala hotak aku ni kembali berfungsi secara romantik sekali lagi....ha, aku nak wat suprise dinner...tapi mampu ke aku nak masak?mmg la tidak kan...walau camne pun...aku plan yang simple je...wat spagethi je la...letak daging kisar ng cedawan sudah..simple je kan....
Tada...ni la set yang da aku siapkan...simple tapi aku rasa die mesti hepi...pasang LILIN sekitar rumah...buka sliding door biar ANGIN SEJUK BUKIT masuk...pasang lagu LAGU JIWANG...siap kemas sume table...hahaha takde kerusi kite wat STYLE JEPUN je la gamat nya...oke pe..makanan omputeh, stlye jepun dan dimakan oleh melayu...hurm...
Cukup sehari ini...aku rasa aku cuba wat menda yang x pernah akU wat..aku pun xto aku mampu wat camtu....tapi aku dah memcuba...dan akan terus mencuba...Cuma die,aku tak tahu apa perasaaan dan isi hati die...aku tahu, 2 tahun die bersedih sebab aku...byk dah aku lukakan ati die...aku tak tahu die masih sayangkan aku...atau hati die tetap dah kering untuk aku...Cuma aku mampu tujukan lagu ini untuk die...
Serahkan kembali cinta itu Yang pernah kau sanjungi dahulu Apakah erti sandiwara ini Hari-hari yang bakal bersua Pasti kosong tidak bermakna Khabarkan sahaja pada semua Akulah lara
Aku pernah mengasari hati dia....sangat dan selalu....aku tahu..banyak tekanan yang dihadapi...aku tak membantu...tapi aku harap...aku cuba nak berubah...aku pernah menyusun beberapa seperti ini yang perlu aku elakkan daripada terus menyakit hatinya...kecian dia...dah terlalu lama die merana..semua nya sebab aku...
Aku haRus cuba eLakkaN:
1) jangan marah, maki atau menyakitkan hati dia
2) jangan cuba meluahkan perasaan sendiri yang NEGATIF yang boleh membuatkan dia terancam
3) jangan melarang untuk dia keluar
4) jangan menelefon @ sms dia ketika dia sedang keluar bersama orang lain kecuali emergenci
5) jangan bertanya terlalu terperinci sekiranya dia ingin melakukan sesuatu yang dihajati.
6) jangan melarang dia untuk menelefon @ sms sesiapa
7) jangan diungkit nama sani
8) jangan memaksa dia untuk keluar dengan sesiapa
9) jangan memaksa dia untuk melakukan sesuatu yang dia tidak ingin lakukan
10) jangan menganggu rancangan yang telah dia rancangkan
11) jangan memaksa dia untuk memberitahu maklumat sesuatu perkara
12) jangan membazir barangan yang telah dia berikan
13) jangan berdebat @ bertelingkah seakan hanya aku sahaja yang betul
14) jangan memaksa dia untuk mengikuti arahan aku satu persatu
15) jangan melarang dia untuk add kawan baru di facebook
16) jangan membalas mesej @ sms no yang tidak dikenali tanpa kebenaran dia
17) jangan mengubah sesuatu perkara tanpa kebenaran @ pengetahuan dia
18) jangan menyekat kebebasan dia untuk bergerak
19) jangan melawan cakap dia @ memberi alasan sekiranya dia ingin melihat aku lakukan
20) jangan meminta sesuatu yang diluar kemampuan dia lakukan
21) jangan mengarah untuk dia lakukan
22) jangan memukul, menampar @ menyepak dia
23) jangan mencucuk di bahagian badan yang dia tidak gemari
24) jangan berperilaku kasar sekiranya bergurau secara fizikal
25) jangan menganggu dia ketika dia sedang fokus lakukan sesuatu
26) jangan percaya yang dia membenci aku kerana dia sebenarnya sayang aku
27) jangan mengikut perasaan saling mengapikan diri
28) jangan melihat perkara kejam yang dia lakukan kerana dia buat sebegitu untuk kesejahteraan aku
29) jangan berbicara mengenai hal yang sensitif
30) jangan cakap mengenai dungu, naif dan sewaktu dengannya
31) jangan cakap mengenai nama dia nama perempuan.hormat nama dia
32) jangan terjerat dengan sikap dia untuk melepaskan aku kerana dia amat sayangkan aku
33) jangan bermegah mengenai barangan, pengalaman dan kemudahan yang kau ada
34) jangan menyalahkan dia selagi tidak menyalahkan diri sendiri dahulu
35) jangan memendam perasaan sayang ke atas dia...luahkan
36) jangan berkata kasar ketika memanggil dia
37) jangan berleter lebih lama kerana dia tidak suka mendengarnya
38) jangan berhujah ketika bercakap jika tidak selain isi sahaja
Teringat kembali pada mula aku kenal die...masa tu bertarikh 24 Febuari 2008(ee bulan valentine)...aku bawa moto.die naek kancil..die dok kat tepi jalan, kat ng TNB.aku menyapa dan mengajak die pekena air...ye a.nak ngusha bai.kena byk ckp...letih wei kalo x minum air...ha lama gk borak ngan die...agak2 time tu sampai ke lewat pagi gk a...
Dan akhirnya kami bersatu...bermula detik2 indah...haha time budak muda.nak gk rs camne rs life bercinta...zaman muda hanya sekali...rugi dowh kalo lepaskan..masa tu xkan kembali....jadi baik hargai...
Ha..inilah HADIAH PERTAMA yg aku bg padanya...masa tu aku da get ready nak balik MELAKA ngan merempit..bajet nk sampai sebelum senja...tapi rasa berat sgt nak lepaskan die time tu...dan akhirnya lewat gk aku gerak,pe lagi, harungi kegelapan aku kat hiway ngan lori2 besar...kakaka..
tapi bile igt balik camne cara aku bg kat die, ha sgt x romantik...seyesly, gua mmg bukan org yg romantik...aku hulur je..tapi deeply dlm ati, teringin nak wat die rs TERISTIMEWA...Cuma takto la nape cara penyampaian tu tak berapa menjadi...SELALU
Cuma sedey la..isi dlm balang tu, aku dah campak keluar dari tingkap..xto nape aku sanggup wat camtu...takkan sebab aku geram?atau aku mmg jenis manusia x reti menghargai die??menyesal sgt..tuhan je yg tahu..time tu da mula bibit-bibit ktorg gado.
tapi aku gantikan yg baru..Cuma agak simple...daN org cakap, barang pertama adalah barang yg paling bermakna...bile ditukar terasa kurang skit serinya....adus, aku benar benar rasai itu.Cuma aku x berani nak cakap kat die.ego sangat kot...huh tapi tu la realitinya kan??
Urm memula aku ngan die kan..nampak la cara die agak cuak-aku cari lain-...well, aku ni mmg superb liar dulu...tu aku admit la...tp aku bagi die lagu nie...
Takkan ada cinta yang lain,
Masihkah terlintas di dada,
keraguanmu itu,
susahkan hatimu
Tak kan ada cinta yang lain,
ku pastikan cintaku hanya untukmu
Pernahkah terbersit olehmu,
akupun takut kehilangan....DIRIMU..!!!
Arap-arap aku post lagu ni ntuk die, ati die ley cool sket...dan aku post bukan hanya sekadar post. Menda tu ikhlasdan benar2 maksudkan...mmg xkan ada cinta yang lain...tapi aku rs mesti die tersenyum sinis...ha..sbb tetiba diriku pernah terarah kepada sesorg yg penah wujud seketika antara aku dan die...
Aik...xkan nak post lagu 6th sense- aku, kamu dan die kot...ha, x perlu bukan.
aku tahu time tu aku wat silap. Luster yang ada dalam diri aku ni sangat teruk...aku terlupa akan kewujudan dia.hubungan aku dan dia mulai RETAK.aku sedar. Tapi aku x tahu nape tergamak plak aku wat kat die camtu...tapi syukur, dia tetap memberikan aku peluang dan pada masa itu, aku sedar, mana cintaku dan mana nafsuku...
dan akhirnya, aku memutuskan untuk meninggalkan sesorang itu.sesorang itu tak layak wujud dalam diri aku.pada mana untuk dia, aku juz mengharap, die memahami yang bagi aku, mmg benar2 tak akan ada cinta yang lain....AKU MENYESAL SEGALA PERBUATANKU